KUALA NERUS: Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau perlu membuat keputusan meninggalkan kelab gergasi negara, bagi mendapatkan lebih minit permainan sekali gus meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun Akhyar mengakui keputusan tersebut agak berat, memandangkan JDT merupakan pasukan terbaik dan memiliki fasiliti yang lengkap daripada semua aspek.
"Memang agak berat untuk tinggalkan JDT kerana sudah selesa di sana. Semua rakan, jurulatih dan fasiliti di sana, berkelas dunia serta terbaik.
"Tetapi umur saya sudah masuk 25 tahun, saya perlu dapatkan lebih minit permainan untuk tingkatkan prestasi dan kekal relevan dalam Liga Malaysia (Liga M)," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini.
Jelas Akhyar beliau memilih Terengganu sebagai destinasi perpindahan, kerana reputasi kelab itu yang baik dan tidak kurang hebatnya berbanding JDT.
Malah keputusannya itu turut mendapat sokongan daripada keluarga, yang mahukan beliau terus melangkah maju dalam bidang bola sepak.
"Saya sendiri yang menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) (Mohd Sabri Abas) untuk menyatakan hasrat ke Skuad Penyu, selepas dilepaskan secara pinjaman oleh JDT.
"TFC antara pasukan terbaik di Malaysia dan agak lengkap daripada semua posisi serta aspek. Lagi pun Pawi (Safawi Rasid), rakan sepasukan di JDT juga dipinjamkan ke TFC musim ini," katanya yang berasal dari Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Pemain Terengganu FC (TFC) yang baharu, Akhyar Rashid (tengah) menjalani latihan bersama pasukannya di Kompleks Sukan Gong Badak, pada Jumaat. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Mantapkan jentera tengah Harimau Malaya
'Jantung' skuad negara kurang menyerlah di sebalik momentum luar biasa yang ditunjukkan di bahagian serangan dan pertahanan.